Kian lama krisis Covid-19 berpanjangan, kian berubah kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Segala aktiviti harian yang dahulunya selamat dan berniat baik seperti membeli-belah, ziarah-menziarahi mahupun mencari rezeki, semuanya berpotensi untuk membahayakan diri sendiri dan orang sekeliling. Dengan inisiatif PKPD yang sedang berjalan, ungkapan yang sering disebut-sebut iaitu ‘Kerja dari Rumah’ menjadi kenyataan baharu buat kebyakan mereka yang bekerja.
Namun, memang tidak dinafikan bahawa pengamalan perubahan baharu atau melakukan sesuatu yang melencong dari norma bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh itu, pihak Matrix Connexion ingin membantu anda semua di rumah yang mungkin melalui kesulitan dalam mengamalkan norma baharu iaitu ‘Kerja dari Rumah’ dengan bantuan platform G Suite.
Bagi mereka yang kurang biasa dengan G Suite, G Suite merupakan versi berbayar aplikasi Google yang dilengkapkan dengan beberapa fungsi tambahan berguna bagi melicinkan urusan perniagaan atau persendirian pengguna. Kini, pihak Google menawarkan akses percuma sehingga bulan September 2020 buat mereka yang berminat untuk mencuba.
Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat bersama-sama beberapa tip ‘Kerja dari Rumah’ yang boleh kita amalkan musim PKPD ini:
Dengan Google Meet, jarak bukan lagi alasan untuk tidak bermesyuarat atau berbincang dengan rakan sekerja yang lain. Aplikasi telesidang Google, membolehkan sehingga 250 pengguna buat satu masa dan mesyuarat tersebut boleh dirakam dan disimpan dalam Google drive.
Anda juga boleh berkongsi pandangan skrin kepada pengguna lain sewaktu membuat pembentangan menggunakan fitur ‘Share screen’.
Penyediaan dokumen, pembentangan atau pengumpulan data menjadi lebih mudah dengan adanya Google Docs, Google Slides dan Google Sheets. Kenapa? Sebab anda dan rakan sekerja yang lain dapat berkolaboratif dan membuat perubahan pada fail yang sama dengan lebih efisien dan teratur.
Sekiranya kerja anda sulit dan tidak boleh dikongsi sewenang-wenangnya, anda boleh mengubah tetapannya atau kongsi pautan fail tersebut dengan orang tertentu sahaja. Fail tersebut juga boleh disimpan dalam pelbagai format lain mengikut kesesuaian kerja anda.
Pening kerana terlampau banyak tugasan dalam satu masa yang sama? Jadikan Google Keep sebagai pembantu anda untuk menguruskan segala nota atau peringatan yang ada. Google Keep juga membolehkan anda membuat senarai tugasan yang tertangguh dan memberi peringatan kepada anda untuk menyelesaikannya.
Bagi mereka yang lebih selesa melukis atau menulis sendiri, terdapat juga pilihan ‘Draw’ untuk menggunakan aplikasi pen dalam membuat nota.
Uruskan jadual anda dengan Google Calendar yang membolehkan pengguna menetapkan waktu mesyuarat dengan lebih tersusun. Google akan memberikan peringatan bagi mengingatkan anda sekiranya anda mesyuarat atau perjumpaan yang akan datang.
Anda juga boleh menggunakan Google Meet bersama Calendar yang melengkapkan jadual anda dengan pautan terus ke mesyuarat Google Meet yang ditetapkan terlebih dahulu. Semuanya boleh dilakukan dengan satu click sahaja!
Google Admin boleh membantu dalam menguruskan perniagaan dengan membolehkan anda menambahkan jumlah pengguna mengikut kesesuaian, menguruskan alat peranti mobil yang digunakan dan memastikan data anda selamat dengan mengubah tetapan keselamatan buat organisasi anda.
Kemudahan pentadbiran atau admin berpusat menjadikan pengurusan organisasi anda mudah dan lebih pantas kerana boleh dilakukan pada satu platform sahaja iaitu Google Admin. Gunakan aplikasi Cloud Identity untuk uruskan pengguna dalam organisasi anda dan aturkan tetapan tertentu seperti 2-step verification bagi memastikan data anda selamat dan terjamin.
Dengan mengamalkan tip-tip di atas sewaktu bekerja dari rumah, sudah pasti segala urusan dapat dilakukan dengan lebih efisien dan efektif. Pastikan diri anda lebih produktif musim PKPD ini dengan G Suite. Sekiranya ada yang berminat untuk mencuba, jangan teragak-agak untuk hubungi pihak Matrix Connexion di https://www.matrixc.com/contact-us untuk mendapatkan maklumat lanjut. Selamat bekerja dari rumah!
Page Contents
Introduction: The Generative AI Revolution Generative AI is reshaping industries, offering unprecedented opportunities to improve…
Oracle’s recent announcement of a monumental US$6.5 billion investment to establish a public cloud region…
The cloud computing industry is on the brink of transformative change as of 2024, offering…
Malaysia is steadily emerging as a key player in the Southeast Asian data center industry,…
As businesses increasingly migrate to the cloud, data protection has become a top priority. For…
Reduce Costs with Cloud Migration